Wednesday, September 29, 2010

Ismul `Akzam - Allah


Allamah Syami rah. menukilkan dari Imam Abu Hanifah rah, beliau berkata Ismul `Akzam itu ialah Allah. Demikian juga pendapat Allama Thatawi rah. dan sebahagian besar ulamak-ulamak lainnya.

Begitu juga dengan Syeikh Abdul Kadir Jailani rah. yang menyatakan bahawa Ismul `Akzam ialah Allah. Oleh itu apabila menyebut nama Allah yang maha suci, maka hati hendaklah kosong dari selain daripadaNya. Selanjutnya beliau berkata bahawa apabila orang awam menyebut nama yang maha suci ini, maka hendaklah ia mengingatkan akan keagungan Allah s.w.t dan dengan perasaan takut kepadaNya.

Manakala untuk Akhssul Khawas, seperti para ulamak atau orang yang berilmu makfirat Allah, bila menyebut nama yang maha suci ini hendaklah mengosongkan hati mereka dari selainNya dan menumpu dengan sepenuh hati pada dzat serta sifat-sifatNya dengan serentak.

Syeikh Ismail rah berkata: "Keadaan orang yang menyebut Ismul `Akzam (Allah) itu hendaklah seperti seorang yang tenggelam didalam sungai yang mana tiada siapa pun boleh menyelamatkannya. Maka diketika itu, tentunya ia akan memanggil atau menyebut nama seseorang penyelamat dengan sepenuh keikhlasan. Keikhlasan sedemikian itulah dikatakan siddiq laja`.

No comments:

Post a Comment