Wednesday, September 29, 2010

DOA JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI DAN HARI MALAYSIA 2010

 Doa

Esok ( 30 September 2010) saya ditugaskan bagi membaca doa perhimpunan jabatan merangkap majlis hari raya dan Hari Malaysia. Berikut adalah teks doa yang telah saya susun untuk majlis doa tersebut.

Doa pembukaan : Pujian kepada Allah dan rasulullah

Segala puji bagi Allah, Tuhan Pencipta dan Penguasa seluruh ‘alam, sebagaimana selayaknya Engkau dipuji.

Ya Allah Ya Rahman, dengan keberkatan bulan Syawal yang mulia dan barakah ini kami zahirkan rasa syukur yang tidak terhingga atas segala anugerah-Mu kepada kami seluruhnya. Lantaran itu ya Allah jadikanlah kami semua sebagai hamba-Mu yang beriman, yang bertaqwa,yang berilmu, yang berakhlak mulia, yang sejahtera di dunia dan di akhirat.

Ya Allah Ya Rahim, Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri Dan Hari Malaysia Pada Kali Ini, kami memohon keampunan atas segala dosa-dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami dan seluruh kaum muslimin dan muslimat sama ada yang masih hidup atau yang telah kembali kepada-Mu ya Allah.

Ya Allah Ya Tuhan kami, Kami juga memohon restu dan rahmat –Mu sempena majlis ini, Engkau memberi hidayah dan petunjuk kepada hati-hati kami, Engkau memperkukuhkan perpaduan kami, Engkau menjamin rezeki kami, Engkau memberi kekuatan serta semangat yang tinggi kepada kami, dorongkanlah kami ke arah melaksanakan kebaikan dan amal soleh serta kami memohon dipanjangkan usia diliputi dengan sihat wal-afiat menabur bakti dan jasa kepada agama,bangsa dan Negara kami yang tercinta ini.

Ya Allah Ya Ghaffar, Kami pohonkan juga ya Allah keselamatan dan kesejahteraan keamanan kemakmuran dan keberkatan negara kami yang dikasihi, rakyatnya sejahtera sentosa, agama-Mu terus terpelihara dan maju jaya dibawah pemerintahan pemimpin kami.

Ya Allah, jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai satu perhimpunan yang dirahmati dan perpisahan kami pula selepas ini sebagai satu perpisahan yang diberkati dan dilindungi.dan janganlah Engkau jadikan pada diri kami ini, dan mereka yang bersama kami, kebinasaan, dan menyingkirkan kami dari memperolehi rahmat. Permudahkanlah urusan kami dan sempurnakanlah semua pekerjaan kami dengan segala kebaikan

Ya Allah, Ya Sami’un A’lim, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui, maka terimalah dan perkenankanlah doa’ kami ini.

doa penutup : selawat Nabi

24 comments:

  1. saya juga ditugaskan baca doa.. mohon copy ye.. tqvm.

    ReplyDelete
  2. sy pun sama gak la, copy dan baca jugak la ye. tq

    ReplyDelete
  3. mohon copy untuk ayah yang menjadi wakil untuk membaca doa.

    ReplyDelete
  4. sya pun ditugaskan baca doa ...mohon copy ya

    ReplyDelete
  5. saya mohon copy bacaan doa ni ye .. tq

    ReplyDelete
  6. Tuan, saya juga diwakilkan utk membaca doa, saya mohon copy doa ni ye. Terima kasih.

    ReplyDelete
  7. mohon copy, moga beroleh kebajikan dari Allah swt. tqvm

    ReplyDelete
  8. mohon copy tuan utk keberkatan bersm

    ReplyDelete
  9. Saya mohon copy doa ini dan ubah suai sikit..tk atas perkongsian.

    ReplyDelete
  10. Mohon kebenaran utk copy.. Trm kasih daun keladi..

    ReplyDelete
  11. Assalamu'alaikum
    tuan mohon 'copy paste' teks untuk bacaan majlis doa. tqvm

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum tuan, mohon izin membacanya di satu majlis ^^

    ReplyDelete
  13. Assalamu'alaikum
    tuan mohon 'copy paste' teks untuk bacaan majlis doa. tqvm

    ReplyDelete
  14. Salam Aidilfitri Akhi, mohon kebenaran untuk dapatkan teks doa ini untuk majlis hari raya esok. Syukran.

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum tuan,

    Mohon copy teks utk majlis hari raya di office sy..
    Terima kasih bnyak2

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum tuan,

    Mohon copy teks utk majlis hari raya di office sy..
    Terima kasih bnyak2

    ReplyDelete
  17. pahala yg berterusan mudah mudahan..mohon copy..jazakAllahu khairan

    ReplyDelete