Thursday, September 30, 2010

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI DAN HARI MALAYSIA JABATAN 2010

Sebelum acara bermula bersama KPP MSAR & KPP MRT

Sedang mengadjust kedudukan stand mic



Sedang mengetuai bacaan doa


Sedang mengetuai bacaan doa
sebahagian gambar para hadirin











Wednesday, September 29, 2010

Ismul `Akzam - Allah


Allamah Syami rah. menukilkan dari Imam Abu Hanifah rah, beliau berkata Ismul `Akzam itu ialah Allah. Demikian juga pendapat Allama Thatawi rah. dan sebahagian besar ulamak-ulamak lainnya.

Begitu juga dengan Syeikh Abdul Kadir Jailani rah. yang menyatakan bahawa Ismul `Akzam ialah Allah. Oleh itu apabila menyebut nama Allah yang maha suci, maka hati hendaklah kosong dari selain daripadaNya. Selanjutnya beliau berkata bahawa apabila orang awam menyebut nama yang maha suci ini, maka hendaklah ia mengingatkan akan keagungan Allah s.w.t dan dengan perasaan takut kepadaNya.

Manakala untuk Akhssul Khawas, seperti para ulamak atau orang yang berilmu makfirat Allah, bila menyebut nama yang maha suci ini hendaklah mengosongkan hati mereka dari selainNya dan menumpu dengan sepenuh hati pada dzat serta sifat-sifatNya dengan serentak.

Syeikh Ismail rah berkata: "Keadaan orang yang menyebut Ismul `Akzam (Allah) itu hendaklah seperti seorang yang tenggelam didalam sungai yang mana tiada siapa pun boleh menyelamatkannya. Maka diketika itu, tentunya ia akan memanggil atau menyebut nama seseorang penyelamat dengan sepenuh keikhlasan. Keikhlasan sedemikian itulah dikatakan siddiq laja`.

DOA JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI DAN HARI MALAYSIA 2010

 Doa

Esok ( 30 September 2010) saya ditugaskan bagi membaca doa perhimpunan jabatan merangkap majlis hari raya dan Hari Malaysia. Berikut adalah teks doa yang telah saya susun untuk majlis doa tersebut.

Doa pembukaan : Pujian kepada Allah dan rasulullah

Segala puji bagi Allah, Tuhan Pencipta dan Penguasa seluruh ‘alam, sebagaimana selayaknya Engkau dipuji.

Ya Allah Ya Rahman, dengan keberkatan bulan Syawal yang mulia dan barakah ini kami zahirkan rasa syukur yang tidak terhingga atas segala anugerah-Mu kepada kami seluruhnya. Lantaran itu ya Allah jadikanlah kami semua sebagai hamba-Mu yang beriman, yang bertaqwa,yang berilmu, yang berakhlak mulia, yang sejahtera di dunia dan di akhirat.

Ya Allah Ya Rahim, Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri Dan Hari Malaysia Pada Kali Ini, kami memohon keampunan atas segala dosa-dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami dan seluruh kaum muslimin dan muslimat sama ada yang masih hidup atau yang telah kembali kepada-Mu ya Allah.

Ya Allah Ya Tuhan kami, Kami juga memohon restu dan rahmat –Mu sempena majlis ini, Engkau memberi hidayah dan petunjuk kepada hati-hati kami, Engkau memperkukuhkan perpaduan kami, Engkau menjamin rezeki kami, Engkau memberi kekuatan serta semangat yang tinggi kepada kami, dorongkanlah kami ke arah melaksanakan kebaikan dan amal soleh serta kami memohon dipanjangkan usia diliputi dengan sihat wal-afiat menabur bakti dan jasa kepada agama,bangsa dan Negara kami yang tercinta ini.

Ya Allah Ya Ghaffar, Kami pohonkan juga ya Allah keselamatan dan kesejahteraan keamanan kemakmuran dan keberkatan negara kami yang dikasihi, rakyatnya sejahtera sentosa, agama-Mu terus terpelihara dan maju jaya dibawah pemerintahan pemimpin kami.

Ya Allah, jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai satu perhimpunan yang dirahmati dan perpisahan kami pula selepas ini sebagai satu perpisahan yang diberkati dan dilindungi.dan janganlah Engkau jadikan pada diri kami ini, dan mereka yang bersama kami, kebinasaan, dan menyingkirkan kami dari memperolehi rahmat. Permudahkanlah urusan kami dan sempurnakanlah semua pekerjaan kami dengan segala kebaikan

Ya Allah, Ya Sami’un A’lim, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui, maka terimalah dan perkenankanlah doa’ kami ini.

doa penutup : selawat Nabi

Tuesday, September 28, 2010

Musafir Seorang Sufi

[133985031l.jpg]


Hidup adalah satu perjalanan dan dunia ini merupakan persinggahan. Kita mungkin lupa tujuan Pencipta kita yang Agung menjadikan manusia. Inilah bukti sifat insan, mudah lupa dan memerlukan tazkirah atau peringatan supaya kembali kepada Tuhan. Oleh sebab itu, ALLAH S.W.T telah mensyariatkan tazkirah (peringatan).Firman ALLAH S.W.T yang bermaksud :“Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman.” (az-Dzaariyat:55) 

Apabila kita menyedari tujuan kita berada di dunia yang fana ini, sudah pasti kita mengetahui bahawa perjalanan memerlukan bekalan. Dan sudah tentu ilmulah menjadi intipatinya. Ilmu merupakan pelita kepada kehidupan. Tanpanya bagaimana mahu mendekatkan diri kepada Allah. Kurangnya ilmu ditakuti akan disesatkan oleh syaitan dan hawa nafsu sendiri. Nabi-nabi dan rasul-rasul sendiri dibekalkan dengan ilmu (fatanah) yang menjadikan hidup mereka terarah dan terbimbing.

Seorang pengembara sudah pasti bukan sekadar melihat dan berjalan tapi merenung dan mengambil pengajaran daripada setiap pengalaman. Justeru si pengembara itu bisa mengetahui dan memahami supaya tidak mengulangi kesilapannya. Pengembara di sini ialah pengembaraan penglibatan, pemikiran, hati dan perasaan dengan melihat makhluk ciptaan Allah di langit dan bumi. Pengembaraan mukmin adalah pengembaraan menjelajah diri dan segala sesuatu yang disekelilingnya. Begitulah hidup seorang musafir yang sentiasa memburu cinta Agung.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud :“Sesungguhnya dalam kejadian langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang beraqal (iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Ya tuhan Kami, tiadalah engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, peliharalah kami dari api neraka” (Surah Ali Imran: ayat 190-191)

Justeru, dalam merentasi perjuangan Islam para pejuangnya dan pendakwah perlu meneliti dirinya dari semasa ke semasa agar mereka dapat melihat di manakah mereka dalam menghayati dan mentaati nilai ajaran Islam yang menjadi intisari dakwahnya kepada masyarakat. Apabila seorang sufi meneliti rahsia kejadian-kejadian Allah swt, meneliti dalam dirinya, kehidupan sekelilingnya, Keimanannya pasti akan lebih kukuh dan rasa takutnya terhadap Allah makin tinggi.Firman Allah S.W.T yang bermaksud :“Maka berjalanlah kamu di atas muka bumi dan perhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan (Rasul-rasul)”(Surah An Nahl: Ayat 36)

SALAM PEMBUKAAN

Dengan lafaz BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM blog ini dibuka bagi catatan pengembaraan diari hidup diri saya...